Maksud:
Grafik berasal dari perkataan Greek iaitu Graphikus yang bermaksud lukisan atau catan, manakala Graphien bermaksud menulis atau melambngkan. Grafik merupakan persembahan visual yang ditunjukkan
pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, dan papan.
Grafik merupakan proses penghasilan seni yang menggabungkan
penggunaan teks dan grafik melalui gubahan logo, risalah, buletin, poster,
papan itanda, komik dan pembungkus Grafik merupakan antara media yang paling
utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi
multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud
‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam
sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk
menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia
tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang
amat berkesan.
Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk
menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu
menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga
dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan
penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.
Sumber:http://senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.my/2012/04/reka-bentuk-grafik.html
http://artisenivisual.blogspot.my/2012/04/apa-itu-seni-reka-grafik.html