Reka Bentuk Grafik adalah proses penghasilan seni yang menggabungkan penggunaan texs dan grafik melalui gubahan logo, risalah, buletin, poster, papan itanda, komik dan pembungkusan. Reka bentuk grafik bertujuan untuk memudahkan orang ramai memahami sesuatu perkara berhubung dengan sesuatu maklumat. Ia melibatkan proses penciptaan bentuk-bentuk visual sebagai bahan komunikasi yang berkesan kepada pelanggan. Ia memerlukan kemahiran menyusun muka taip, reka letak dan ilustrasi. Pereka grafik perlu memahami unsur seni dan prinsip rekaan untuk menghasilkan ciptaan grafik yang berkesan.
Sumber: http://lamanseni09.blogspot.my/2010/04/reka-bentuk-grafik.html
No comments:
Post a Comment