Sunday 1 October 2017

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan visual yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorng guru kita mestilah mempunyai pengetahuan asas grafik membolehkan  persediaan bahan bantu mengajar asas. pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif

Penggunaan objek garis ialah mudah difahami oleh orang ramai walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza, bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan sesuatu pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

Sumber: http://hasan92.weebly.com/tajuk-5--reka-bentuk-grafik.html

No comments:

Post a Comment