Saturday 23 December 2017

Langkah untuk membuat digital book

Sebelum memasukkan ke dalam digital book ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu meletakkan lakaran tadi ke dalam bentuk digital. untuk membuat balik lakaran pada story board tadi ke dalam media digital kami bermain dengan Adolbe Fotoshop dan Adolbe Ilustrator

1. Muka Depan


2. Muka Surat 1 


2. Muka Surat 2




3. Muka Surat 3



5. Muka Surat 4


6. Muka Surat 5



7. Muka Surat 7




8. Muka Surat 7



9. Muka Surat 8



10. Muka Surat 9


11. Muka Surat 10


12. Muka Belakang


Langkah- langkah untuk menghasilkan gambar- gambar di atas akan mudah apabila anda sudah membuat story board anda dengan baik. Kerana untuk memasukkan warna dalam gambar di atas saya menggunakan Adolbe Ilustrator iaitu menggunakan Image trace. Dalam image trace tu terdapat beberapa aplication untuk menghaluskan garisan,Sebelum itu tickkan preview untuk menstrukturkan balik image tadi. Kemungkinan di sini garisan yang anda lakarkan pada image anda tadi berubah oleh itu anda harus bermain dengan PRESED untuk mendapatkan garisan yang sesuai. Di PRESED ini anda boleh  menebalan garisan menggunakan THRESHOLD , menyambungkan garisan yang putus dengan PATHS dan sebagainya. Oleh itu anda harus kreatif untuk menghasilkan gambar yang anda inginkan. Setelah selesai bermain dengan garisan saya akan menekan button OK seterusnya saya menekan button EXPAND untuk mestrukturkan balik image yang telah diubah tadi. Pada masa ini image yang hendak di trace adalah dalam bentuk GROUP. Oleh itu anda haruslah menekan button UNGROUP supaya untuk meletakkan warna nanti anda boleh memasukkan warna satu-satu. Jika button UNGROUP tidak dibuat bahagian yang anda akan letak warna akan masuk ke bahagian lain. So di sini anda harus peka.

Setelah UNGROUP IMAGE. mulalah dengan sesi meletak warna iaitu menekan button LIVE PAINT BUCKET. sebelum itu tukarkarkan warna tersebut kepada CMYK supaya bila anda print nanti anda akan mendapat warna yang sama dalam gambar dalam bentuk digital ini. Setelah itu masukkanlah warna yang sesuai seperti yang telah dihasilkan pada story board tadi.

Untuk background pula, saya telah mengambil beberapa background yang ada dalam EN GOOGLE tapi saya tidak mengambil bulat-bulat dan meletakkannya ke dalam lakaran saya. saya mengubah warna dan filter pada background tersebut dengan menggunakan ADJUSTMENT LAYER dan memilih GRADIENT untuk mengubah warna pada background. seterusnya saya bermain dengan CURVES untuk menghasilkan ton pada background. Untuk penghasilan background ini saya bermain di ADOLBE FOTOSHOP

Setelah background dirasakan sesuai dengan keadaan cerita saya memasukkan watak di atas background tadi. Seterusnya saya bermain dengan komposisi yang sesuai dengan background dan typografi yang akan dimasukkan nanti. Hal ini saya lakukan pada setiap muka surat di atas.

Seterusnya untuk memasukkan tipografi saya gunakan ADOLBE ILLUSTRATOR. Hal ini kerana typografi yang dibuat menggunakan aplication ini akan menampilkan image yang tajam dan jelas. Jika menggunakan adolbe fotoshop tipografi yang ditaip akan pecah kerana adolbe fotoshop hanya membaca image bukan tipografi. Oleh itu sebelum memasukkan ke dalam image saya menaip tipografi di ADOLBE ILLUSTRATOR. Setelah tipografi di reka bersesuaian dengan latar dan keadaan pada buku cerita saya EXPORT tipografi tadi ke ADOLBE FOTOSHOP. Setelah itu kedudukan tipografi tadi diubah dalam bentuk yang sesuai dengan watak dan latar. Teknik ini saya gunakan pada setiap muka surat di atas. Tipografi yang dipilih adalah font kenis COMIC SON. tipografi ini dipilih adalah kerana karekter tipografi ini yang santai dan sesuai dengan kanak-kanak yang membacanya. Warna yang dipilih untuk menonjolkan tipografi ini adalah warna kuning dan merah. Warna kuning dan merah digunakan kerana ia kontra dengan latar. Warna kontra dipilih adalah untuk menonjolkan tulisan agar tulisan yang akan dibaca oleh kanak-kanak akan nampak jelas. Pemilihan tulisan dan warna tulisan ini adalah semua berpandukan pada yang akan membacaiaitu kanak-kanak. Oleh itu warna kuning dan merah adalah sesuai digunakan tambahan pula warnanya yang ceria boleh memberi kesan dan minat pada diri kanak- kanak untuk membacanya. Selain itu warna pada tipografi diwarnakan berselang seli mengikut ejaan . Hal ini adalah untuk memudahkan kanak- kanak untuk mengeja apabila membaca buku cerita ini nanti

Akhir sekali, setelah membuat kesemua muka surat untuk buku cerita ini dengan menggunakan ADOLBE FOTOSHOP dan ADOLBE ILLUSTRATOR. Langkah seterusnya adalah memasukkan ke dalam digital book iaitu gambar tersebut haruslah diubah dalam bentuk PDF dahulu. selepas itu pergi ke web PRESSMO.COM dan masukkan buku cerita bentuk PDF tadi ke dalam digital book tadi. Akhirnya digital book pun siap. 

Tapi, buku cerita tadi tidak habis disana. Buku cerita tersebut haruslah di cetak dan dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi juga. Buku cerita dihasilkan dengan kreativiti masing- masing. Kami memilih untuk menghasilkan buku cerita dalam bentuk yang ditunjukkan pada gambar di bawah: 


HASIL AKHIR: BUKU CERITA KANAK- KANAK

Banyak elemen yang dititik beratkan dalam penghasilan buku cerita ini. Diharap buku cerita yang dihasilkan boleh menghiburkan kanak- kanak dan memberi manfaat kepada pembaca.







TUGASAN: BUKU CERITA

Hari tu saya dah jelaskan mengenai story boardkan?

Hari ini saya nak tunjukkan story board yang telah saya buat bersama rakan sekumpulan saya iaitu fatihah. Untuk tugasan kali ini adalah sedikit berat berbanding tugasan lain. kerana untuk tugasan ini pensyarah kami telah menyenaraikan beberapa syarat iaitu kami boleh meniru kartun yang terdapat dalam televisyen tetapi haruslah mengubah warnanya agar tidak berlaku plagiat. Oleh itu kami harus melukisnya semula dan memasukkan warna yang berbeza dari watak asli. Setelah melaakukan banyak pertimbangan dan pemilihan saya dan fatihah akhirnya memilih tajuk cerita " TONY YANG SUKA BERBOHONG" sebagai tajuk buku cerita yang kami hasilkan. Kami merujuk watak Nemo untuk membuat jalan cerita buku cerita ini. Sebelum itu kami harus menghasilkan story board jalan cerita Tony yang Suka Menipu sebelum memindahkannya ke dalam digital book.


Inilah hasil story board yang kami hasilkan setelah melakukan banyak perbincangan dan kajian untuk menghasilkan pergerakkan, kelakuan dan emosi dalam buku cerita nanti. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat sepanjang membuat lakaran ini. Hal ini kerana kami harus membuat lakaran ini dengan teliti dan menggunakan elemen unsur rekaan dan prinsip rekaan dengan baik dan betul pad watak. Watak digubah dalam bentuk Cartoon dan bukan realistik adalah untuk menunjukkan watak yang ceria dan tidak menakutkan kanak-kanak.

Di sini kami banyak bermain dengan garisan untuk menunjukkan komposisi watak. Yang berada di hadapan kami tebalkan garisannya untuk menunjukkan di mana dia berada dan di belakang kami menggunakan garisan yang halus supaya jalan buku cerita kami nampak seperti 3D.

Pemilihan warna pula adalah berdasarkan kesesuaian watak. Warna hijau menjadi pilihan untuk watak utama iaitu Tony adalah untuk menunjukkan karekternya yang masih mentah atau muda. kerana warna hijau adalah warna yang segar untuk karekter Tony yang masih mentah dan berfikiran cetek. Manakala shark atau Jerung diwarnakan dengan warna Unggu adalah untuk menampilkan karekternya yang garang dan ganas. Warna purple di main dalam bentuk krom untuk mewujudkan bentuk pada badannya iaitu di atas badannya diwarnakan dengan warna unggu tua dan bawah badannya pula diwarnakan dengan warna unggu muda. Kawan- kawan tony diberikan warna- warna yang cerah supaya menampilkan watak keanak-anakkan kawan-kawannya dan menunjukkan keceriaan ikan yang masih muda dan pulus. Pemilihan warna yang ceria adalah untuk menarik minat kanak- kanak membaca buku cerita yang kami hasilkan kerana tugasan kali ini kami memilih untuk menghasikan buku cerita kanak- kanak. Oleh itu setiap warna dan emosi yang ditunjukkan di dalam buku cerita ini haruslah bersesuaian untuk kanak- kanak.

Setelah selesai memilih warna dan melakarnya di ata story board ini kami akan melangkah ke step seterusnya iaitu membuat digital book.

Thursday 21 December 2017

TRIP KE IPOH (TUGASAN: FOTOGRAFY)

Untuk tugasan kali ini, pensyarah kami telah membawa kami ke beberapa lokasi menarik di Ipoh iaitu Gunung Lang, taman jepun,dan  kek lok tong. Sepatutnya kami melawat ke empat lokasi di Ipoh tapi disebabkan oleh sedikit masalah kami hanya melawat tiga tempat di atas untuk mengambil gambar- gambar yang menarik untuk menyiapkan tugasan kali ini. Kami mula bertolak pada pukul 8 pagi dan sampai di Gunung Lang pada pukul 10 pagi.

GUNUNG LANG


Di sini saya telah mengambil beberapa keping gambar untuk tugasan. antaranya:

1.GAMBAR POTRAIT

Dalam perjalanan di lokasi ini, saya sempat mengambil gambar potrait seorang gadis.


Gambar ini diambil semasa dia tengah khusuk melihat permandangan di sekitar gunung Lang. Teknik pengambilan gambar potrait menjadi bekalan dalam mengambil gambar ini iaitu semasa mengambil gambar potrait ini saya mementingkan ruang di depan mata subjek. Hal ini mampu menunjukkan kesan alami dan mampu memberi kesan seimbang, kerana setiap orang perlukan ruang yang sebegitu untuk subjek di dalam gambar untuk melihat. Dengan area lebih di depan mata akan memperkuatkan kesan serta secara autometik mengajak mata yang melihat untuk menjelajah gambar. Dalam seni fotografi teknik ini disebut sebagai rule of third dimana mata subjek menjadi fokus utama.  Teknik ini hanya boleh digunakan untuk mengambil gambar potrait seperti di atas.

Selepas mengambil gambar potrait ini, saya teruskan perjalanan dalam lawatan ini dengan mengambil gambar yang lain. Dalam sibuk berjalan kesana- kesini, saya mula tertarik untuk mengambil gambar sekuntum bunga yang tak berapa nak mekar ini dengan menggunakan teknik bluring.

Teknik ini berhasil apabila subjek yang diambil mempunyai jarak minimum 5m pada camera, Semakin jauh jarak background dengan subjek semakin tinggi intensiti blur yang terjadi pada background. Selain itu untuk menentu jarak background dengan subjek haruslah disesuaikan dengan kebesaran subjek yang dipilih kerana jarak kamera dengan subjek adalah relatif. Rumusannya semakin jauh jarak antara kamera dengan subjek maka semakin tinggi intensiti blur yang terjadi pada background. Dengan mengaplikasikan ilmu fotografi ini akhirnya saya berjaya mengambil gambar bluring pada flora yang telah saya pilih ini.


Seterusnya perjalanan diteruskan seperti biasa, saya mencari subjek lain yang menarik untuk digambar. Dalam perjalanan saya menjumpai sesuatu yang menarik iaitu sebuah rumah tradisional Perak.

2. GAMBAR BANGGUNAN


Keunikan reka bentuk dan ukiran pada rumah tradisional Perak ini menarik perhatian saya untuk meletakkannya di dalam tugasan ini. Jenis lense adalah sangat penting untuk mendapatkan komposisi yang dramatis serta memberikan saya kemampuan untuk menyesuaikan seluruh kerangka banggunan yang merupakan subjek sasaran . Objek yang pegun dan tidak bergerak seperti ini saya menggunakan auto fokus untuk mengambil gambar. Dalam mode ini, kita tidak dapat menekan butang shutter secara penuh sebelum kamera mengunci mode fokus. Namun penggunaan mode ini akan membuatkan banggunan yang di ambil akan kelihatan jelas dan indah.




Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, saya meneruskan perjalanan untuk mengambil gambar yang lain, dalam perjalanan saya singgah di sebuah menara yang tinggi untuk mengambil gambar landskape iaitu gambar permandangan. Permandangan di Sekitar Gunung Lang sangat indah dan menenangkan, oleh itu saya tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil gambar permandangan yang indah ini.

3. GAMBAR LANDSKAP


Untuk mendapatkan gambar yang menarik saya cuba bermain dengan komposisi . Komposisi yang betul dapat menmberikan kedalaman ruang yang sangat luar biasa, Seterusnya saya kuatkan lagi gambar landskap ini dengan menggunakan fokus pada kamera agar camera boleh menangkap setiap bentuk dan rupa pada alam semula jadi ini. Alhamdulillah, saya berjaya mengambil gambar landskape sesuai dengan keinginan saya. 

Seterusnya kaki saya melangkah ke kawasan yang lain pula untuk melihat apa yang lagi menarik. Dalam perjalanan ternampak zoo kecil yang berada di hadapan, saya dengan camera di tangan tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar binatang yang ada di situ.

4. GAMBAR BINATANG PELIHARAAN




Gelagat binatang- binatang ini mengusik jiwa saya untuk menangkap gambar semasa mereka sedang melakukan sesuatu perbuatan. Rasanya rusa di atas tengah melihat orang-orang yang terpegun melihat keindahannya. sebab semasa itu orang- orang yang ada di situ kelihatan sangat gembira melihat gelagat rusa- rusa ini. Mungkin rusa ini pun tengah hairan kenapa manusia melihatnya begitu "WOW". Monyet- monyet di bawah itu pula, langsung tak kisah dengan kehadiran manusia, ada je gelagat yang pelik-pelik di tunjukkan. Khusuk pula mengambil gambar binatang- binatang ni. tapi ini je yang menjadi pilihan untuk dimasukkan ke dalam blog ni. 

Semasa mengambil gambar ini saya menggunakan mode fokus pada haiwan untuk menampakkan foto yang menarik. Memang payah juga nak mengambil gambar binatang- binatang ni supaya tidak blur. tapi saya cuba juga bermain dengan mode fokus ini dan menekan butang shutter dengan cepat supaya gambar binatang yang di ambil kelihatan jelas. Komposisi rusa tersebut di ambil dalam bentuk potrait untuk menampakkan emosi yang wujud pada muka rusa yang menarik perhatian saya tadi. Manakala monyet- monyet tersebut diambil dengan mengfokuskan perbuatannya dengan komposisi yang sesuai agar menampakkan kelakuannya di dalam foto nanti. Bagi saya foto yang menarik adalah sebuah foto yang mampu meneragkan cerita di sebaliknya.

5. GAMBAR KANAK-KANAK





Di atas merupakan gambar kanak- kanak yang saya ambil sepanjang berada di Gunung Lang. Macam- macam gelagat kanak- kanak yang saya jumpa. Apabila mereka berada di tempat ini mereka kelihatan sangat seronok boleh bermain, berjalan dan melihat benda baru. Rasa sayang kalau tidak mengambil gambar kanak- kanak ini.

Semasa mengambil gambar, saya dihalangi oleh keadaan cahaya yang semakin mencerah oleh itu saya cuba bereksperimentasi dengan cahaya yang berlainan, saya menggunakan aperture yang berlainan komposisi dan titik fokus untuk mendapatkan imej yang terbaik. Selain itu untuk menjadikan gelagat itu asli dalam gambar saya mengambil gambar ini dalam mereka tidak sedar. Akhirnya gambar gelagat kanak- kaak ini berjaya di ambil. Ada banyak lagi gambar yang telah di ambil. Tapi saya hanya memilih gambar ini untuk di masukkan ke dalam blog kerana saya rasa gambar ini sesuai untuk dikongsikan kepada ramai.

Seterusnya saya turut mengambil beberapa gelagat candid yang mencuit hati dan dirasakan sangat menarik .

6. GAMBAR CANDID


Ini dia gambar selfie dari kak Sakinah, dia tak tahu pun saya mengambil gambarnya, yelah khusuk nak selfie. Semasa mengambil gambar ni saya mengambil komposisi dari bawah kerana saya merasakan komposisi ini sesuai untuk mengambil keseluruhan gelagat Candid yang dilakukan oleh kak Sakinah. Seterusnya saya mengfokuskan pada kak sakinah supaya gelagat dia yang menjadi fokus dan jelas dalam foto ini nanti.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kuil Kek Lok Tong. Mulanya saya hairan apa yang menarik yang ada di kuil ini sehingga menjadi salah satu destinasi dalam tugasan ini. Namun pandangan saya terhadap tempat ini berubah apabila berada di situ. Banyak perkara dan kelakuan yang menarik terjadi di situ sehingga betri pun mula lemah di sini. Hmmmm .... mungkin terlalu kerap mengambil gambar. Tapi saya sempat untuk mengambil gambar yang menarik.

KUIL KEK LOK TONG

1. GAMBAR CANDID




Rasanya gambar ini menceritakan banyak perasaan yang wujud Gambari ini menarik perhatian saya. Pasangan yang sweet. Tak perlulah diceritakan kerana foto ni telah menceritakan apa yang membuat saya tertarik. Semasa mengambil gambar ini saya berada di tempat yang tidak menampakkan diri saya yang sedang mengambil foto mereka kerana saya tidak ingin membuat gelagat ini menjadi tidak mesra di dalam gambar. namun pada masa yang sama saya mencari komposisi yang sesuai untuk mewujudkan pencahayaan semula jadi yang sesuai untuk menampakkan gelagat pasangan ini dengan jelas, seterusnya saya bermain dengan mode fokus dan akhirnya foto ini berjaya di ambil.

Seterusnya, saya meneruskan perjalanan secara solo berkeliaran berseorangan kerana asyik dengan arca-arca dan hal benda yang terdapat di situ. Mungkin ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke kuil. 



2. GAMBAR STILL LIFE













Haaaa yang ni saya apload banyak sikit, sebab benda-benda dan arca- arca yang ada di sini sangat menarik dan mempunyai ceritanya yang tersendiri hingga ada di antaranya saya tak tau tafsirannya. Teknik yang saya gunakan adalah mode fokus kerana saya ingin fokuskan benda-benda yang terdapat pada arca-arca ini. Seterusnya komposisi juga haruslah sesuai untuk meletakkan semua yang ingin di tangkap masuk ke  dalam gambar. Permainan dengan cahaya, komposis dan mode yang ada pada kamera yang saya gunakan akhirnya saya berjaya menangkap gambar- gambar di atas.

3. GAMBAR LANDSKAP





Ini pula merupakan gambar landskap yang terdapat di luar kuil kek Lok Tong ini. Gambar landskapnya yang menarik ini membuatkan saya tertarik untuk mengambil beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan akan datang. Komposisi yang pelbagai arah adalah untuk memveriasikan landskap ini supaya anda yang melihat akan merasa keindahannya seperti yang saya rasakan. Gabungan di antara hal benda dan alam semula jadi menguatkan lagi keindahan di tempat ini.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan di destinasi yang terakhir iaitu Taman Jepun.

TAMAN JEPUN

1. GAMBAR BERKUMPULAN





Sebenarnya tugasan ini dilakukan secara kumpulan. Haa inilah kumpulan saya yang terdiri daripada Nor Fatihah dan Kak Sakinah. dalam banyak- banyak gambar kumpulan yang kami ambil saya lagi suka gambar ini kerana pada masa ini secara tak sengaja tertangkap gambar ini . Kira candidlah.. saya lagi sukakan gambar yang mempunyai pergerakan dan cerita di dalamnya daripada gambar yang pegun. Oleh itu saya memilih gambar ini untuk dimasukkan ke dalam blog walaupun saya pasti empunya muka- muka di dalam ni akan meradang bila nampak gambar- gambar ni. Untuk pengambilan gambar ni saya suruh kawan yang lain. haa so komposisinya hanyalah untuk meletakkan semua ahli kumpulan ini di dalam gambar.

2. GAMBAR POTRAIT


Me and Myself

3. AKSI







yang akan menjadi kenangan suatu hari nanti. Susah ni nak ajak orang sebelah buat aksi pelik-pelik ni. hahahhaah. Untuk mengambil gambar seperti ini sukar sedikit kerana kita bermain dengan speed. Di sini kawan yang tolong ambilkan gambar tu bermain dengan Sutter button dengan cepat. tulah yang boleh terbang tu. 

Okay setakat inilah gambar- gambar yang saya masukkan dalam trip ke Ipoh ni. Semoga yang membaca mendapat manfaatnya.