GUNUNG LANG
Di sini saya telah mengambil beberapa keping gambar untuk tugasan. antaranya:
1.GAMBAR POTRAIT
Dalam perjalanan di lokasi ini, saya sempat mengambil gambar potrait seorang gadis.
Gambar ini diambil semasa dia tengah khusuk melihat permandangan di sekitar gunung Lang. Teknik pengambilan gambar potrait menjadi bekalan dalam mengambil gambar ini iaitu semasa mengambil gambar potrait ini saya mementingkan ruang di depan mata subjek. Hal ini mampu menunjukkan kesan alami dan mampu memberi kesan seimbang, kerana setiap orang perlukan ruang yang sebegitu untuk subjek di dalam gambar untuk melihat. Dengan area lebih di depan mata akan memperkuatkan kesan serta secara autometik mengajak mata yang melihat untuk menjelajah gambar. Dalam seni fotografi teknik ini disebut sebagai rule of third dimana mata subjek menjadi fokus utama. Teknik ini hanya boleh digunakan untuk mengambil gambar potrait seperti di atas.
Selepas mengambil gambar potrait ini, saya teruskan perjalanan dalam lawatan ini dengan mengambil gambar yang lain. Dalam sibuk berjalan kesana- kesini, saya mula tertarik untuk mengambil gambar sekuntum bunga yang tak berapa nak mekar ini dengan menggunakan teknik bluring.
Teknik ini berhasil apabila subjek yang diambil mempunyai jarak minimum 5m pada camera, Semakin jauh jarak background dengan subjek semakin tinggi intensiti blur yang terjadi pada background. Selain itu untuk menentu jarak background dengan subjek haruslah disesuaikan dengan kebesaran subjek yang dipilih kerana jarak kamera dengan subjek adalah relatif. Rumusannya semakin jauh jarak antara kamera dengan subjek maka semakin tinggi intensiti blur yang terjadi pada background. Dengan mengaplikasikan ilmu fotografi ini akhirnya saya berjaya mengambil gambar bluring pada flora yang telah saya pilih ini.
Seterusnya perjalanan diteruskan seperti biasa, saya mencari subjek lain yang menarik untuk digambar. Dalam perjalanan saya menjumpai sesuatu yang menarik iaitu sebuah rumah tradisional Perak.
2. GAMBAR BANGGUNAN
Keunikan reka bentuk dan ukiran pada rumah tradisional Perak ini menarik perhatian saya untuk meletakkannya di dalam tugasan ini. Jenis lense adalah sangat penting untuk mendapatkan komposisi yang dramatis serta memberikan saya kemampuan untuk menyesuaikan seluruh kerangka banggunan yang merupakan subjek sasaran . Objek yang pegun dan tidak bergerak seperti ini saya menggunakan auto fokus untuk mengambil gambar. Dalam mode ini, kita tidak dapat menekan butang shutter secara penuh sebelum kamera mengunci mode fokus. Namun penggunaan mode ini akan membuatkan banggunan yang di ambil akan kelihatan jelas dan indah.
Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, saya meneruskan perjalanan untuk mengambil gambar yang lain, dalam perjalanan saya singgah di sebuah menara yang tinggi untuk mengambil gambar landskape iaitu gambar permandangan. Permandangan di Sekitar Gunung Lang sangat indah dan menenangkan, oleh itu saya tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil gambar permandangan yang indah ini.
3. GAMBAR LANDSKAP
Untuk mendapatkan gambar yang menarik saya cuba bermain dengan komposisi . Komposisi yang betul dapat menmberikan kedalaman ruang yang sangat luar biasa, Seterusnya saya kuatkan lagi gambar landskap ini dengan menggunakan fokus pada kamera agar camera boleh menangkap setiap bentuk dan rupa pada alam semula jadi ini. Alhamdulillah, saya berjaya mengambil gambar landskape sesuai dengan keinginan saya.
Seterusnya kaki saya melangkah ke kawasan yang lain pula untuk melihat apa yang lagi menarik. Dalam perjalanan ternampak zoo kecil yang berada di hadapan, saya dengan camera di tangan tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar binatang yang ada di situ.
4. GAMBAR BINATANG PELIHARAAN
Gelagat binatang- binatang ini mengusik jiwa saya untuk menangkap gambar semasa mereka sedang melakukan sesuatu perbuatan. Rasanya rusa di atas tengah melihat orang-orang yang terpegun melihat keindahannya. sebab semasa itu orang- orang yang ada di situ kelihatan sangat gembira melihat gelagat rusa- rusa ini. Mungkin rusa ini pun tengah hairan kenapa manusia melihatnya begitu "WOW". Monyet- monyet di bawah itu pula, langsung tak kisah dengan kehadiran manusia, ada je gelagat yang pelik-pelik di tunjukkan. Khusuk pula mengambil gambar binatang- binatang ni. tapi ini je yang menjadi pilihan untuk dimasukkan ke dalam blog ni.
Semasa mengambil gambar ini saya menggunakan mode fokus pada haiwan untuk menampakkan foto yang menarik. Memang payah juga nak mengambil gambar binatang- binatang ni supaya tidak blur. tapi saya cuba juga bermain dengan mode fokus ini dan menekan butang shutter dengan cepat supaya gambar binatang yang di ambil kelihatan jelas. Komposisi rusa tersebut di ambil dalam bentuk potrait untuk menampakkan emosi yang wujud pada muka rusa yang menarik perhatian saya tadi. Manakala monyet- monyet tersebut diambil dengan mengfokuskan perbuatannya dengan komposisi yang sesuai agar menampakkan kelakuannya di dalam foto nanti. Bagi saya foto yang menarik adalah sebuah foto yang mampu meneragkan cerita di sebaliknya.
5. GAMBAR KANAK-KANAK
Di atas merupakan gambar kanak- kanak yang saya ambil sepanjang berada di Gunung Lang. Macam- macam gelagat kanak- kanak yang saya jumpa. Apabila mereka berada di tempat ini mereka kelihatan sangat seronok boleh bermain, berjalan dan melihat benda baru. Rasa sayang kalau tidak mengambil gambar kanak- kanak ini.
Semasa mengambil gambar, saya dihalangi oleh keadaan cahaya yang semakin mencerah oleh itu saya cuba bereksperimentasi dengan cahaya yang berlainan, saya menggunakan aperture yang berlainan komposisi dan titik fokus untuk mendapatkan imej yang terbaik. Selain itu untuk menjadikan gelagat itu asli dalam gambar saya mengambil gambar ini dalam mereka tidak sedar. Akhirnya gambar gelagat kanak- kaak ini berjaya di ambil. Ada banyak lagi gambar yang telah di ambil. Tapi saya hanya memilih gambar ini untuk di masukkan ke dalam blog kerana saya rasa gambar ini sesuai untuk dikongsikan kepada ramai.
Seterusnya saya turut mengambil beberapa gelagat candid yang mencuit hati dan dirasakan sangat menarik .
6. GAMBAR CANDID
Ini dia gambar selfie dari kak Sakinah, dia tak tahu pun saya mengambil gambarnya, yelah khusuk nak selfie. Semasa mengambil gambar ni saya mengambil komposisi dari bawah kerana saya merasakan komposisi ini sesuai untuk mengambil keseluruhan gelagat Candid yang dilakukan oleh kak Sakinah. Seterusnya saya mengfokuskan pada kak sakinah supaya gelagat dia yang menjadi fokus dan jelas dalam foto ini nanti.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kuil Kek Lok Tong. Mulanya saya hairan apa yang menarik yang ada di kuil ini sehingga menjadi salah satu destinasi dalam tugasan ini. Namun pandangan saya terhadap tempat ini berubah apabila berada di situ. Banyak perkara dan kelakuan yang menarik terjadi di situ sehingga betri pun mula lemah di sini. Hmmmm .... mungkin terlalu kerap mengambil gambar. Tapi saya sempat untuk mengambil gambar yang menarik.
KUIL KEK LOK TONG
1. GAMBAR CANDID
Rasanya gambar ini menceritakan banyak perasaan yang wujud Gambari ini menarik perhatian saya. Pasangan yang sweet. Tak perlulah diceritakan kerana foto ni telah menceritakan apa yang membuat saya tertarik. Semasa mengambil gambar ini saya berada di tempat yang tidak menampakkan diri saya yang sedang mengambil foto mereka kerana saya tidak ingin membuat gelagat ini menjadi tidak mesra di dalam gambar. namun pada masa yang sama saya mencari komposisi yang sesuai untuk mewujudkan pencahayaan semula jadi yang sesuai untuk menampakkan gelagat pasangan ini dengan jelas, seterusnya saya bermain dengan mode fokus dan akhirnya foto ini berjaya di ambil.
Seterusnya, saya meneruskan perjalanan secara solo berkeliaran berseorangan kerana asyik dengan arca-arca dan hal benda yang terdapat di situ. Mungkin ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke kuil.
2. GAMBAR STILL LIFE
Haaaa yang ni saya apload banyak sikit, sebab benda-benda dan arca- arca yang ada di sini sangat menarik dan mempunyai ceritanya yang tersendiri hingga ada di antaranya saya tak tau tafsirannya. Teknik yang saya gunakan adalah mode fokus kerana saya ingin fokuskan benda-benda yang terdapat pada arca-arca ini. Seterusnya komposisi juga haruslah sesuai untuk meletakkan semua yang ingin di tangkap masuk ke dalam gambar. Permainan dengan cahaya, komposis dan mode yang ada pada kamera yang saya gunakan akhirnya saya berjaya menangkap gambar- gambar di atas.
3. GAMBAR LANDSKAP
Ini pula merupakan gambar landskap yang terdapat di luar kuil kek Lok Tong ini. Gambar landskapnya yang menarik ini membuatkan saya tertarik untuk mengambil beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan akan datang. Komposisi yang pelbagai arah adalah untuk memveriasikan landskap ini supaya anda yang melihat akan merasa keindahannya seperti yang saya rasakan. Gabungan di antara hal benda dan alam semula jadi menguatkan lagi keindahan di tempat ini.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan di destinasi yang terakhir iaitu Taman Jepun.
TAMAN JEPUN
1. GAMBAR BERKUMPULAN
Sebenarnya tugasan ini dilakukan secara kumpulan. Haa inilah kumpulan saya yang terdiri daripada Nor Fatihah dan Kak Sakinah. dalam banyak- banyak gambar kumpulan yang kami ambil saya lagi suka gambar ini kerana pada masa ini secara tak sengaja tertangkap gambar ini . Kira candidlah.. saya lagi sukakan gambar yang mempunyai pergerakan dan cerita di dalamnya daripada gambar yang pegun. Oleh itu saya memilih gambar ini untuk dimasukkan ke dalam blog walaupun saya pasti empunya muka- muka di dalam ni akan meradang bila nampak gambar- gambar ni. Untuk pengambilan gambar ni saya suruh kawan yang lain. haa so komposisinya hanyalah untuk meletakkan semua ahli kumpulan ini di dalam gambar.
2. GAMBAR POTRAIT
Me and Myself
3. AKSI
yang akan menjadi kenangan suatu hari nanti. Susah ni nak ajak orang sebelah buat aksi pelik-pelik ni. hahahhaah. Untuk mengambil gambar seperti ini sukar sedikit kerana kita bermain dengan speed. Di sini kawan yang tolong ambilkan gambar tu bermain dengan Sutter button dengan cepat. tulah yang boleh terbang tu.
Okay setakat inilah gambar- gambar yang saya masukkan dalam trip ke Ipoh ni. Semoga yang membaca mendapat manfaatnya.
No comments:
Post a Comment