Saturday, 23 December 2017

Langkah untuk membuat digital book

Sebelum memasukkan ke dalam digital book ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu meletakkan lakaran tadi ke dalam bentuk digital. untuk membuat balik lakaran pada story board tadi ke dalam media digital kami bermain dengan Adolbe Fotoshop dan Adolbe Ilustrator

1. Muka Depan


2. Muka Surat 1 


2. Muka Surat 2




3. Muka Surat 3



5. Muka Surat 4


6. Muka Surat 5



7. Muka Surat 7




8. Muka Surat 7



9. Muka Surat 8



10. Muka Surat 9


11. Muka Surat 10


12. Muka Belakang


Langkah- langkah untuk menghasilkan gambar- gambar di atas akan mudah apabila anda sudah membuat story board anda dengan baik. Kerana untuk memasukkan warna dalam gambar di atas saya menggunakan Adolbe Ilustrator iaitu menggunakan Image trace. Dalam image trace tu terdapat beberapa aplication untuk menghaluskan garisan,Sebelum itu tickkan preview untuk menstrukturkan balik image tadi. Kemungkinan di sini garisan yang anda lakarkan pada image anda tadi berubah oleh itu anda harus bermain dengan PRESED untuk mendapatkan garisan yang sesuai. Di PRESED ini anda boleh  menebalan garisan menggunakan THRESHOLD , menyambungkan garisan yang putus dengan PATHS dan sebagainya. Oleh itu anda harus kreatif untuk menghasilkan gambar yang anda inginkan. Setelah selesai bermain dengan garisan saya akan menekan button OK seterusnya saya menekan button EXPAND untuk mestrukturkan balik image yang telah diubah tadi. Pada masa ini image yang hendak di trace adalah dalam bentuk GROUP. Oleh itu anda haruslah menekan button UNGROUP supaya untuk meletakkan warna nanti anda boleh memasukkan warna satu-satu. Jika button UNGROUP tidak dibuat bahagian yang anda akan letak warna akan masuk ke bahagian lain. So di sini anda harus peka.

Setelah UNGROUP IMAGE. mulalah dengan sesi meletak warna iaitu menekan button LIVE PAINT BUCKET. sebelum itu tukarkarkan warna tersebut kepada CMYK supaya bila anda print nanti anda akan mendapat warna yang sama dalam gambar dalam bentuk digital ini. Setelah itu masukkanlah warna yang sesuai seperti yang telah dihasilkan pada story board tadi.

Untuk background pula, saya telah mengambil beberapa background yang ada dalam EN GOOGLE tapi saya tidak mengambil bulat-bulat dan meletakkannya ke dalam lakaran saya. saya mengubah warna dan filter pada background tersebut dengan menggunakan ADJUSTMENT LAYER dan memilih GRADIENT untuk mengubah warna pada background. seterusnya saya bermain dengan CURVES untuk menghasilkan ton pada background. Untuk penghasilan background ini saya bermain di ADOLBE FOTOSHOP

Setelah background dirasakan sesuai dengan keadaan cerita saya memasukkan watak di atas background tadi. Seterusnya saya bermain dengan komposisi yang sesuai dengan background dan typografi yang akan dimasukkan nanti. Hal ini saya lakukan pada setiap muka surat di atas.

Seterusnya untuk memasukkan tipografi saya gunakan ADOLBE ILLUSTRATOR. Hal ini kerana typografi yang dibuat menggunakan aplication ini akan menampilkan image yang tajam dan jelas. Jika menggunakan adolbe fotoshop tipografi yang ditaip akan pecah kerana adolbe fotoshop hanya membaca image bukan tipografi. Oleh itu sebelum memasukkan ke dalam image saya menaip tipografi di ADOLBE ILLUSTRATOR. Setelah tipografi di reka bersesuaian dengan latar dan keadaan pada buku cerita saya EXPORT tipografi tadi ke ADOLBE FOTOSHOP. Setelah itu kedudukan tipografi tadi diubah dalam bentuk yang sesuai dengan watak dan latar. Teknik ini saya gunakan pada setiap muka surat di atas. Tipografi yang dipilih adalah font kenis COMIC SON. tipografi ini dipilih adalah kerana karekter tipografi ini yang santai dan sesuai dengan kanak-kanak yang membacanya. Warna yang dipilih untuk menonjolkan tipografi ini adalah warna kuning dan merah. Warna kuning dan merah digunakan kerana ia kontra dengan latar. Warna kontra dipilih adalah untuk menonjolkan tulisan agar tulisan yang akan dibaca oleh kanak-kanak akan nampak jelas. Pemilihan tulisan dan warna tulisan ini adalah semua berpandukan pada yang akan membacaiaitu kanak-kanak. Oleh itu warna kuning dan merah adalah sesuai digunakan tambahan pula warnanya yang ceria boleh memberi kesan dan minat pada diri kanak- kanak untuk membacanya. Selain itu warna pada tipografi diwarnakan berselang seli mengikut ejaan . Hal ini adalah untuk memudahkan kanak- kanak untuk mengeja apabila membaca buku cerita ini nanti

Akhir sekali, setelah membuat kesemua muka surat untuk buku cerita ini dengan menggunakan ADOLBE FOTOSHOP dan ADOLBE ILLUSTRATOR. Langkah seterusnya adalah memasukkan ke dalam digital book iaitu gambar tersebut haruslah diubah dalam bentuk PDF dahulu. selepas itu pergi ke web PRESSMO.COM dan masukkan buku cerita bentuk PDF tadi ke dalam digital book tadi. Akhirnya digital book pun siap. 

Tapi, buku cerita tadi tidak habis disana. Buku cerita tersebut haruslah di cetak dan dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi juga. Buku cerita dihasilkan dengan kreativiti masing- masing. Kami memilih untuk menghasilkan buku cerita dalam bentuk yang ditunjukkan pada gambar di bawah: 


HASIL AKHIR: BUKU CERITA KANAK- KANAK

Banyak elemen yang dititik beratkan dalam penghasilan buku cerita ini. Diharap buku cerita yang dihasilkan boleh menghiburkan kanak- kanak dan memberi manfaat kepada pembaca.







No comments:

Post a Comment